Murid Dahulu & Kini...(+_+)
Isnin, 1 Ogos 2011 | 1 comments
Murid dahulu...Jumpa guru tertunduk-tunduk
Dihukum guru menangis menyesal
Dimarah guru diam sahaja
Hendak mengadu takut diketuk.
Murid kini...
Jumpa guru terangkat dada
Dihukum guru rancangan tercetus
Dimarah guru menjawab pula
Mengadu lalu guru diamuk.
Itulah aset negara kini...
Yang kian hilang
Nilai-nilai murninya
Akhlaknya dan kesedarannya.
Inikah pendukung maruah bangsa dan negara?