MATEMATIK!!
Khamis, 4 Ogos 2011 | 0 comments
Matematik...
Yang kami minati
Aku masih tidak memahami
Konsep itu dan ini
Cikgu cakap bla, bla, bla
Aku pening kepala
Cikgu tulis banyak formula
Aku pun angguk-angguk
tersengguk-sengguk
Bukan faham tapi mengantuk
Formula itu formula ini
Buat aku malas mengaji
Namun cikgu ajar pantas lagi
Alasannya nak habiskan sukatan
Lepas tu, terus beri ujian
yang kita ni buku tak baca-baca
Jawab soalan ternganga-nganga
Cikgu sering curahkan idea
Kami menjawab terkial-kial
Beri jawapan tak masuk akal
Nak tak nak...gagal..
Formula ditulis di papan hitam
Supaya senang kami faham
Biar ku asyik tengok jam
Baru pukul 9.30
Ada lagi lebih kurang setengah jam
Aku hampir pitam
Cikgu masih terus mengajar
Namun perutku sudah lapar
Mendendangkan lagu balada
Mengajakku ke bangunan sana
Untuk makan apa yang ada
Termasuk donat satu atau dua
Namun begitu..
Akan ku cuba lakukan sesuatu
Akan kuubah keadaan ku
Daripada Melayu baku
Kepada Melayu baru
Itulah impianku
Itulah cita-citaku
Maju...terus maju
Terima kasih...cikgu!