LAwAk sEjeNaK~...
Sabtu, 30 Julai 2011 | 0 comments
ADA 2 sahabat karib. Seorang bernama Hanif, seorang bernama Tony. Mereka berdua ni penghuni hospital jiwa. Pada suatu hari, Hanif dan Tony dibenarkan bermain di kolam renang yg terdapat di pusat akuatik sebelah hospital itu. Tapi mereka tak pandai berenang, jadi si Hanif berehat-rehat di tepi kolam. Entah macam mana semasa berlari-lari itu Tony tergelincir, terus tergolek ke dalam kolam. Apalagi, terkapai-kapailah dia meminta tolong. Hanif dengan pantas melemparkan tualanya dan berjaya menyelamatkan Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yg Tony basah kuyup dan kesejukan, Hanif cepat-cepat membawanya balik ke bilik. Keesokan harinya, Hanif telah diarahkan menemui org atasan. Apabila Hanif masuk ke bilik, pegawai mula berkata, "Saya ada 2 berita nak beritahu awak. Pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Namun saya ada berita buruk, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi Tony dijumpai mati dalam biliknya dengan leher tergantung pada kipas siling." Dengan muka selamba Hanif menjawab, "Tidak tuan, dia bukan membunuh diri, tapi saya yg menggantung dia pada kipas tu supaya cepat kering."